Apa Itu Program Peluang Kedua
PinjamNow memperkenalkan Program Peluang Kedua, iaitu program khas untuk kakitangan Kerajaan persekutuan dan negeri, serta kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang mempunyai potongan gaji melalui Angkasa dan ingin menyelesaikan masalah nama disenaraihitam oleh institusi kewangan atau syarikat kredit akibat pembiayaan tidak berbayar.
Peluang Kedua Yang Bermakna
Melalui proses penyusunan semula pengurusan kewangan dengan teliti dan melunaskan pembiayaan yang disenaraihitamkan sebelum ini, individu yang menyertai program ini boleh memulihkan kelayakan mereka untuk bantuan kewangan daripada Institusi Kewangan. Ini memberi peluang yang sangat baik kepada mereka untuk memperbaiki kehidupan mereka dan kehidupan keluarga mereka.
Bagaimana Program Peluang Kedua beroperasi?
Borang Atas Talian
Anda hendaklah mengisi borang permohonan atas talian serta menyertakan sebulan slip gaji terkini untuk kiraan kelayakan. Sekiranya terdapat sebarang bantuan atau pertanyaan, sila hubungi kami di
Kami juga kini boleh dihubungi menerusi platform social media di Facebook, Instagram, Linkedin, Twitter dan TikTok.
Proses Saringan Kelayakan
Bahagian Pemproses Kredit akan memproses permohonan anda dengan mendapatkan maklumat berkaitan dengan pembiayaan yang disenaraihitam melalui platform Experien, CTOS dan CCRIS. Dengan bantuan system pengiraan pembiayaan bersepadu (CLCS) juga akan memastikan proses pemprosesan lebih telus, cepat dan selamat.
Skor Kredit Meningkat
Pihak PinjamNow akan menyediakan dana khas untuk melangsaikan pembiayaan yang disenaraihitam oleh Institusi Kewangan dengan kadar caj perkhidmatan yang berpatutan. Dengan ini, skor kredit akan meningkat dan menunjukkan nama anda bebas dari disenaraihitam.
Pembiayaan Baru
Pembiayaan baru boleh dimohon dari mana-mana Institusi Kewangan dengan kadar keuntungan yang lebih rendah. Dengan ini, anda boleh membayar semula pembiayaan bersama JCE Ventures Sdn. Bhd..
Transaksi Terjamin
Kami mengutamakan keselamatan dan kebolehpercayaan setiap transaksi yang berlaku dalam syarikat kami.